06 Mac 2015
Perjalanan masih baru bermula (macamlah kau pegi berminggu-mingu, berbulan-bulan). Hari ke 2 aktiviti kami cuma ke Longsheng untuk tengok paddy terrace yang sangat awesome yang ambil masa hampir 1 hari dan jalan-jalan sekitar Guilin dan cuci mata lagi night market & malam ni sempat pergi ke Little HK & sempat sambar 1 backpack (yang dapat RMB140 tu!! OK sentapppp!!!).
 |
| Pemandangan sepanjang perjalanan Ke Longsheng. Kat Guilin lagi. |
 |
| Pertengahan jalan ke Longsheng. |
 |
| Jalan menuju puncak. |
Longsheng
Perjalanan dari Guilin ke Longsheng mengambil masa 2 jam lebih. View sepanjang perjalanan memang sangat awesome. Bukit bukau, sungai, tasik, hijau-hijau dengan udara sejuk. Memang sangat mendamaikan (biasalah feel bila pergi tempat orang ye dok?).
 |
| Hentian Longsheng. Untuk dapatkan pass naik ke Yao Village & Paddy Terrace. |
 |
| Belanja gambar cik sikit kat stop center di Longsheng |
Yao Village
Yao Village ialah perkampungan tradisional yang ada di sana. Keistimewaan?
1. Kat sini ada persembahan long hair camtu la. Kami x pegi pun, terus ke lodging je.
2. Wanita2 yang berambut panjang (macam sama dengan nombor 1 je?
 |
| Perkampungan tradisional Yao. |
 |
| Kawasan Perkampungan. Maaf atas 'kehebatan' teknik menangkap gambar. |
Jadi bolehlah korg singgah ke kampung ni untuk menyaksikan kehidupan tradisional masyarakat di sana dan menonton persembahan rambut panjang. Dapatlah sorang satu pashmina (macam ada yang dapat 2 je??).
Lodging Paddy Terrace
Time kami sampai, udara sangat-sangat sejuk. Ditambah baru lepas hujan. Hati dah berdebar2. Janganlah dah naik ke atas nanti berkabus. cuci mata tengok kabus jela jawabnya.
 |
| Entrance untuk ke paddy terrace. |
Sampai-sampai tetibe blur jap. okeh!!! Toilet time!! eh eh!! Sambil-sambil sempat shopping pashmina dengan sorang auntie rambut panjang.
 |
| Laris jualan pashmina auntie ni hari ni |
Dekat sini, bila korek-korek rahsia encik gugel, x kelihatan pulak info pasal restoran makanan halal. Oleh itu, standby lah kami dengan makanan yang di tapau dari Guilin untuk di santap di sini. Misi belum bermula, tapi perut aneka rentak muzik dah bermain. Misi pertama, carik tempat lepak untuk makan. Maka, lepak lah kat 1 kedai uncle & auntie ni. Nak amek ati punya pasal, order lah teh cina & air panas.
 |
| Singgah kat kedai makcik mana ntah yang ada kt paddy terrace. Untuk ambik hati, kami order minum teh cina. hahahahah.. |
Mula-mula semangat berkobar-kobar nak panjat paddy terrace dengan berjalan je. Konon nak mencabar diri sendiri la. Bila tengok balik bukit dan bukau yang maha tinggi beserta kerana kekangan masa (alasan kuat ni utk sedapkan hari), plan bertukar ke naik cable car.
 |
| Sebahagian laluan cable car. Dia tinggi lagi dan lagi dan lagi. |
Dapat jugak la tengok view dari cable car. Mengkagumkan.
 |
| Antara pemandangan dari cable car |
Sampai puncak, dah dijangka, nampak kabus ajelah. Petak-petak sawah padi dah ditutup dengan dengan kabus. Takpelah, next time kita pegi time autumn ye. Boleh tengok padi menguning (ayat sedapkan hati lagi). Nasib dapat jugak tengok view dari cable car takde lah kecewa sangat.
 |
| Kaler putih jela yang kami nampak dari atas |
 |
| Belanja gambar-gambar kat puncak paddy terrace |
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami balik ke Guilin. Apa kate kau, sepanjang jalan membuta. Penat giler lepas berlasak kt sini.