Monday, October 12, 2015

Guilin - Day 2

06 Mac 2015

Perjalanan masih baru bermula (macamlah kau pegi berminggu-mingu, berbulan-bulan). Hari ke 2 aktiviti kami cuma ke Longsheng untuk tengok paddy terrace yang sangat awesome yang ambil masa hampir 1 hari dan jalan-jalan sekitar Guilin dan cuci mata lagi night market & malam ni sempat pergi ke Little HK & sempat sambar 1 backpack (yang dapat RMB140 tu!! OK sentapppp!!!).

Pemandangan sepanjang perjalanan Ke Longsheng. Kat Guilin lagi.

Pertengahan jalan ke Longsheng.

Jalan menuju puncak.
Longsheng
Perjalanan dari Guilin ke Longsheng mengambil masa 2 jam lebih. View sepanjang perjalanan memang sangat awesome. Bukit bukau, sungai, tasik, hijau-hijau dengan udara sejuk. Memang sangat mendamaikan (biasalah feel bila pergi tempat orang ye dok?).

Hentian Longsheng. Untuk dapatkan pass naik ke Yao Village & Paddy Terrace.

Belanja gambar cik sikit kat stop center di Longsheng



Yao Village
Yao Village ialah perkampungan tradisional yang ada di sana. Keistimewaan?
1. Kat sini ada persembahan long hair camtu la. Kami x pegi pun, terus ke lodging je.
2. Wanita2 yang berambut panjang (macam sama dengan nombor 1 je?
Perkampungan tradisional Yao.
Kawasan Perkampungan. Maaf atas 'kehebatan' teknik menangkap gambar.
Jadi bolehlah korg singgah ke kampung ni untuk menyaksikan kehidupan tradisional masyarakat di sana dan menonton persembahan rambut panjang. Dapatlah sorang satu pashmina (macam ada yang dapat 2 je??).



Lodging Paddy Terrace
Time kami sampai, udara sangat-sangat sejuk. Ditambah baru lepas hujan. Hati dah berdebar2. Janganlah dah naik ke atas nanti berkabus. cuci mata tengok kabus jela jawabnya.

Entrance untuk ke paddy terrace.
Sampai-sampai tetibe blur jap. okeh!!! Toilet time!! eh eh!! Sambil-sambil sempat shopping pashmina dengan sorang auntie rambut panjang.

Laris jualan pashmina auntie ni hari ni
Dekat sini, bila korek-korek rahsia encik gugel, x kelihatan pulak info pasal restoran makanan halal. Oleh itu, standby lah kami dengan makanan yang di tapau dari Guilin untuk di santap di sini. Misi belum bermula, tapi perut aneka rentak muzik dah bermain. Misi pertama, carik tempat lepak untuk makan. Maka, lepak lah kat 1 kedai uncle & auntie ni. Nak amek ati punya pasal, order lah teh cina & air panas.
Singgah kat kedai makcik mana ntah yang ada kt paddy terrace. Untuk ambik hati, kami order minum teh cina. hahahahah..

Mula-mula semangat berkobar-kobar nak panjat paddy terrace dengan berjalan je. Konon nak mencabar diri sendiri la. Bila tengok balik bukit dan bukau yang maha tinggi beserta kerana kekangan masa (alasan kuat ni utk sedapkan hari), plan bertukar ke naik cable car.

Sebahagian laluan cable car. Dia tinggi lagi dan lagi dan lagi.
Dapat jugak la tengok view dari cable car. Mengkagumkan.

Antara pemandangan dari cable car
Sampai puncak, dah dijangka, nampak kabus ajelah. Petak-petak sawah padi dah ditutup dengan dengan kabus. Takpelah, next time kita pegi time autumn ye. Boleh tengok padi menguning (ayat sedapkan hati lagi). Nasib dapat jugak tengok view dari cable car takde lah kecewa sangat.





Kaler putih jela yang kami nampak dari atas



Belanja gambar-gambar kat puncak paddy terrace
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami balik ke Guilin. Apa kate kau, sepanjang jalan membuta. Penat giler lepas berlasak kt sini.


Bersambung lagi...



Anda boleh juga melihat di sini:
Guilin Itinerary
Guilin Day 1

Sunday, September 20, 2015

Guilin - Day 1

05 Mac 2015

Dengan penuh semangat berkobar2 nak kejar flight pkl 5.55pagi. Pukul 4.30 pagi ahli jemaah dah tertenggek di KLIA2. Buat persiapan terakhir weolss utk packing barang2 utk ke luggage n utk carry ke atas.
Sunrise baru nak naik
View sunrise dari dalam flight
Pesanan khidmat masyarakat: If plan nak gi Guilin bulan 3, especially awal bulan 3. If dapat info jangkaan suhu di Guilin utk bulan 3 antara 16 - 20 darjah celsius. JANGAN PERCAYA! Dusta belaka tu. Awal bulan 3 suhu antara 5 - 10 darjah celsius. So, sila prepare dengan jaket agak tebal ye.

Untuk hari pertama tak banyak sangat direction yang dapat dikongsi. Sebab.. Keluar je dari airport, iolsss dah jadi bintang bergemerlapan uolllsss!!!! Siap ada banner nama iolss!!! Motip?? Sbb request airport transfer dari hotel. Memandangkan rombongan cik kiah kami ramai. Jadinya, lebih mudah & murah (mahal sikit jela dari naik bas) dengan request airport transfer. Kos di kongsi bersama.
Pemandangan pertama di Guilin. Hujan rintik2 air bergelora.
Sampai hotel, check-in & pihak hotel mula promote pakej yang mereka tawarkan (sbnrnya dah siap nego thru' email).

Selepas berbincang dengan ahli rombongan cik kiah, pakej yang kami ambik kat hotel:
1. Sewa van 1 hari (utk hari pertama) untuk pusing2 1 Guilin (untuk hari pertama)
2. Tiket Ferry Tour
3. Sewa van ke Longji Paddy Terrace since ahli jemaah x interested untuk tengok long hair show (hari ke 2)
4. Pakej cruise 1-way ke Yangshou (untuk hari ke 3)
5. Pakej untuk tiket menonton Impression Sanjie Liu Theater ti Yangshou (hari ke 3)

Itinerary & Review untuk hari pertama:

River Side Hotel
Hotel ni betul2 tepi sungai. Simple tp sangat selesa. Customer Service? Tip top! Lokasi pun strategik. Dekat dengan restoran halal, night market & nak ke beberapa attraction place di sekitar guilin. 
Entrance Guilin River View Hostel
Kalo korang terus je ikut jalan Zhongshan Middle Road tu korg akan sampai ke Crystal Bridge, Sun & Moon Pagoda & Little HK.
Maps ke kawasan restoran makanan halal.

Reed Flute Cave
Reed Flute Cave (entrance fee sila rujuk itinerary) ni ada 2 cara untuk ke cave dia. 1. boleh naik train yg berharga RMB30 x tak silap (kitorg tak naik pun. Sebab train ni takde pun dalam itinerary kami) & cara ke dua, pergi ke depan sikit lagi dan janganlah segan2 mendaki tangga yang boleh tahan tinggi (pitammmmmmm).
Nampak tak kat tepi belah kanan tu ada tangga. Sila guna tangga tu untuk menuju puncak ye puan2.
Yang membuatkan gua ni nampak special dan menarik adalah sebab hiasan lampu2 kat dinding2 gua. Bertemankan tour guide yang menerangkan bagai nak rak tapi dalam bahasa yang kami tak faham (bahasa cina) kami pun buat la assumption sendiri. 
Antara batu granid (yeke?) yang berlimpahkan cahaya lampu (mister loba2 ayat) kat dalam gua
Belanja lagi gambar
Belanja lagi dan lagi dan lagi
Lagi 1 menarik dalam gua ni ada kolam yang dorg buat persembahan ala2 teater la. Tapi memang sangat cantik.
Cantik kan?
Ok.. ok.. attach video untuk korg.


Kat luar Gua ni ada 1 tasik yang cantik. Untuk ke tasik ni, kena turun sikit ke bawah. Ala... keluar je dari cave tu follow dia punya exit entrance pandang ke kiri terus nampak tasik tu. Jap, belanja korg gambar tasik santek tu.
Sila fokus pada tasik yang dibelakang tu. Santek! Ehem.. yang kat depan tasik tu pun santek2 & ganteng2 blake (oh myy!!)

Tak berapa nampak? okeh. Yang ni lagi clear.
Lagi clear kan? Ehh puan!! Ter interprem gambar puan pulak.
Solitary Beauty Peak
Tempat ni wujud dari Dinasti Ming lagi. Semasa Dinasti Qin, ianya dijadikan dewan peperiksaan dan sekarang ianya menjadi sebahagian dari kampus Guangxi Normal University.

Apa yang ada di dalam? Jeng jeng jeng.. Kitorang bergambar kat luar je since tak dapat info yang nak masuk ke sini kena bayar RMB120 x silap & dari research sebelum ni pun tak banyak yang golongkan Solitary Beauty Peak tempat yang wajib dilawati, oleh itu, posing2 depan entrance sahajalah nampaknye.
Ni lah entrance Solitary Beauty Peak. Nampak tak bukit atas tu? Kalau masuk, sila panjat bukit tersebut ye.

Elephant Trunk Hill & Fubo Hill
Ini dalah salah satu tempat yang wajib di kunjungi kalau ke Guilin. Apa yang menarik? Batu besar yang menyerupai belalai gajah. Selain daripada tu, ada booth yang menyediakan pakaian tradisional China @ masyarakat Guilin yang boleh disewa utk dipakai sebagai kenang-kenangan.
Batu yang menyerupai gajah
Belanja gambar model weolsss untuk pakaian tradisional China
Menuju ke Fubo Hill ada taman yang agak besar & cantik. Kami decide untuk tak panjat bukit ni sebab time tu hujan. tak nak amek risk kalau terpelecok etc + kononnya nak simpan energy untuk 4 hari lagi di sini. Hahahahaha...
Seberang sungai ni taman yang dimaksudkan
Kat taman ni terbekenan tengok bunga ni. Apa lagi, kasi snap sekali.
Eh puan lagi. Maaf la puan, terbekenan dengan gambar ni. Belakang bunga yang adorable (word x sesuai langsung!)

Ferry Tour: Two Rivers and Four Lakes Cruise (night time)
Ferry tour day time dengan night time. Semestinya tiket untuk day time lagi murah dengan nite time. Antara reason, kalo day time punya trip, kita tak dapat tengok keindahan lampu2an yang cantek di Guilin.

Menghormati (yeke?) saranan receptionist hotel, kami decide untuk amek nite tour. Selain kami nak tengok keindahan lampu di Guilin, kami nak menggunakan sepenuhnya limited time di waktu siang yang kami ada memandangkan kami decide untuk tido 1 malam di Yangshua. Time planning dah lari sikit.

Dari hotel nak ke Terminal Ferry ni pun mudah je. Dari hotel, keluar ke jalan besar, lintas jalan & berjalan ke kiri yang ada trafik lite simpang empat tu & terusssss je sampai jumpa jambatan & cross jambatan tu untuk ke jeti. Actually, dari tepi sungai tu korg dah nampak jeti tu kat tepi belah kanan. Okey! Okey! Okey! Jap maps plss!!!
Maps nak ke terminal feri

Sekarang time to belanja gambar2 yg dapat dari ferry tour.




Ni lah antara gambar yang paling baik yang dapat masa atas feri. Yang len, hampeh!
Guilin Night Market
Kami tak pasti yang night market kami pegi ni night market yang betul atau tak. Hahahahaha... so funny. Dari pembacaan ada yang kata Guilin Night Market dekat2 dengan Zheng Yang Pedestrian Street. Tapi bila tanya orang tempatan dorg tak tau. Bila tanya, where we can get key chain & fridge magnet. Dorg tunjuk pasar malam tu (dengan gaya kompius). Taram saje lah. Janji jumpa apa yang dicari.
Yang berkotak merah tu pasar malam yang kami lenjan carik FM.

Little Hong Kong
Little HK ni banchmark dia ada bangunan/monumen/arca (entahlah orang panggil apa) atas dia bentuk piramid kaca. Ala2 bentuk piramid kaca yang dekat Paris tu (agaknyelah. penah tgk dalam gambar je). Bagi kaki shopping, masuk dalam... SO HEAVEN!!! Tapi untuk org kuruihhh la.. untuk org yang WOWWW SEXXYYYY!! Macam iolss ni, lupakanlah!! Tapi kat sini, kedai yang boleh bargain sila bargain atleast less 75% dari harga asal. Pengalaman beli backpack kt sini. Dengan bangga dari harga RMB350 dapat kurang ke RMB140. Lusanya, datang lagik kawan pi beli beg yang sama (sebijik sejibon -kaler je lain) kat kedai lain. Dari RMB300 dapat RMB90! Cisss!! Bedebah!! Ok, stop sampai sini. sobb.. sobb.. waaaaaaaa!!!!!!

Finally! Abis jugak menulis untuk day 1. Bila orang yang tak suka menulis kena menulis. 2 hari amek masa nak siapkan 1 entry. Hahahahaha...


Bersambung...

Thursday, September 10, 2015

Guilin

Guilin - Itinerary
05 Mac 2015 - 09 Mac 2015

Assalamualaikum bermula bicara. ini adalah 2nd post & 1st sharing untuk blog yang baru nak menggedik2 masuk dalam dunia online.

Saya kurang pandai menulis (+ malas nak menulis panjang2 berjela2 - since my outsources belum submit lagik penulisan dorg) oleh itu saya share saya puny iti  dulu. Maybe x best sgt iti ni + maybe price untuk entrance n transportation n accomodation berubah2. Tapi at least dapat bg banchmark iti n price utk korg create korg punya iti yg lebih awesome!



Belanje gambar sikit luh. Bagi korg mengigil teransang nak gi. Lebey2 later2 akan di up lagi bagi menambah kejelesan korang. Hahahahah!!


Itinerary

Time
Itinerary
 Cost
Transportation
How to go
Distance

05-Mar-15




9.50am
Arrived




10.30am
Aiport to Hotel
     25.00
Provided by Hotel

2h

Check-in @ River Side Hostel
   120.00




Lunch @ Endian Halal Rest





Reed Flute Cave
       5.00
Bus / Taxi
3, 58 (free but the departure interval is very long)


Entry Fee
     90.00




Solitary Beauty Peak
   130.00




Zheng Yang Pedestrian Street

Bus
10, 11, 14


Rong & Shan Lakes Scenic Area





Elephant Trunk Hill & Fubo Hill
     75.00
Bus / Taxi
Take bus no.2, 16, 23, 57, 58 or sightseeing bus no.1 and get off at Xiangshan Park.

9.00pm
Ferry Tour: One River and Four Lakes Cruise (day time) or
     80.00


1h 10m

Ferry Tour: Two Rivers and Four Lakes Cruise (night time)
   190.00


1h 30m

Guilin Night Market / Little HK





Dinner @ Baiji Muslim Rest




11.00pm
Back to Hotel

















06-Mar-15




8.00am
Longsheng
   280.00
Package



Yao Village





Longji Paddy Terrace





Cable Car
     50.00




Dinner @ Halal Rest


Located just a few shops away from the Islamic Hotel Restaurant


Night Market / Little HK





Back to Hotel

















07-Mar-15




8.00am
TRANSFER TO YANGSHUO
         330.00
Package



Yangdi Ferry


Take the bus to Yangshuo and get off at the Entrance of Yangdi Road (1h). Change a minibus to Yangdi Ferry (30m).
2h

Li River Cruise


After getting to Yangdi Ferry, on the left side is the ticket office for the ferry boat, while on the right side you will find a restaurant named Daziran Restaurant.
4h
1.30pm
Arrived at Yangshou





Lunch @ Muslim Restaurant


Infront of Bus Station


Yangshuo West Street





Yulong River
   200.00
Package
1. Take the bus (Yangshuo - Guilin), getting off at Baisha Town, and then take tricycle taxi to Yulong Bridge.

2. Rent a bicycle at the West Street in Yangshuo and ride along the river bank upstream to Yulong Bridge. It takes about 20-30 minutes.


Check in @ Yangshuo Spring Inn
     65.00




Dinner @ Halal Rest


Infront of Hao Ting Business Hotel

19.45 @ 21.20
Impression Sanjie Liu Theater
   198.00

The entrance of the theater is on the East Street (Dong Jie) of Yangshuo. From the West Street (Xi Jie), you can take a battery car for 5-10 minutes to the theater. It takes half an hour by walking.


Back to Hotel

















08-Mar-15




8.00am
Check Out





Moon Hill
       9.00




Shangri-la Areas





Lunch @ Muslim Restaurant


Infront of Bus Station

2.00pm
Back to Guilin
     20.00

Take the bus from Yangshou Station to Guilin
1h

Check in @ Guilin Oasis Hotel
     70.00




Dinner @ Endian Halal Rest





Night Market / Little HK





Back to Hotel

















09-Mar-14





Check-out





Hotel to Airport
     25.00



2.45pm
Arrived Malaysia











Total
1,962.00






Time pergi tu currency ialah CNY1 = RM0,57. So total utk kos dalam RM1,118.34. Iti tetap iti, ada jugak yang di skip. More details, tunggguuuu!!!!!